LoDirectory.com - Fast Growing News, Information, Local Business Portal in Malaysia

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Lembaga kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Agricultural Chemical & Consultants Agricultural Consultants

Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar, 05990, Alor Setar, Kedah Darul Aman


Tel 04-772 8255
Fax 04-772 2667
Email This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
www.mada.gov.my

PROFIL MADA
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah ditubuhkan pada 30 Jun 1970 di bawah satu Dekri Darurat dengan nama asalnya ialah Pehak Berkuasa Kemajuan Pertanian Muda. Ianya kemudian telah ditukarkan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, 1972.

Tugas-Tugas MADA
Di bawah akta tersebut, MADA telah diamanahkan untuk mendukung tugas-tugas seperti yang digariskan iaitu:-
> Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Muda.
> Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa kemajuan pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan negeri Perlis.

Matlamat MADA
MADA juga telah menetapkan 2 matlamat utama iaitu memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa dan melebihkan hasil untuk keperluan Negara.

Fungsi-Fungsi MADA
Bagi memastikan matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya, MADA telah menetapkan fungsi-fungsi utama yang harus dilaksanakan dengan efisien dan efektif iaitu:
> Menyediakan perkhidmatan pertanian dan infrastuktur pengairan bagi memenuhi keperluan beras Negara.
> Menguruskan sumber air secara cekap dan berkesan.
> Meningkatkan pendapatan peladang melalui aktiviti bukan padi.
> Memajukan industri asas tani dan mewujudkan usahawan yang bertaraf komersil.
> Membentuk dan membangunkan institusi peladang.
> Mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat peladang.

Polisi MADA
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, tepat dan efisyen didalam menjadi Agensi peneraju pembangunan industri padi negara dan pengerak utama pembangunan sosio-ekonomi masyarakat peladang dikawasan muda.

Visi dan Misi MADA
Matlamat Utama Mada
- Memajukan Kesejahteraan Hidup Sebilangan Besar Penduduk Desa
- Melebihkan Hasil Untuk Keperluan Negara

Business Listing in Kedah

 

You have no rights to post comments