Institut Skil-Tech

Lot 453, Batu 13 Jalan Tebong/Machap, 76100, Durian Tunggal, Melaka

Tel 06-553 1743
Fax 06-553 1417
Email daftar@institutskilltech.com
www.institutskilltech.com

INSTITUT SKILL-TECH mempelopori usaha menyediakan latihan berasas pertanian bagi golongan pelajar dan orang awam. Kampus induk yang terletak di Durian Tunggal, Melaka menyediakan berbagai kursus untuk pilihan para pelajar.

Institut menyediakan kemudahan yang serba lengkap dan tenaga pengajar yang mahir serta mempunyai komitmen yang tinggi bagi membentuk bakal graduan yang berketrampilan dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Teknik-teknik pembelajaran dan latihan yang sesuai, dinamik dan “regimented” terbukti menghasilkan graduan-graduan yang berdisplin, berdaya tahan dan berwawasan.

Kursus-kursus yang ditawarkan berteras “Competency Based Training” dengan memberi penekanan kepada kemahiran secara ‘Hands-On’. Pelajar akan terdedah kepada corak latihan secara amali dan praktikal.

Institut Skill-Tech adalah sebuah institusi latihan kemahiran swasta yang mempunyai pengalaman luas sejak 1996. Bermula dengan kursus kemahiran seperti multimedia, sistem maklumat, membaiki komputer, automotif, motorsikal, pembaiki pemghawa dingin, elektikal dan elektronik.

Sejak 2008, Skill-Tech menumpukan latihan dalam bidang pertanian.

Sekarang Skill-Tech mempunyai kampus utama di Durian Tunggal, Melaka dan juga cawangan di Taman Tasik Utama, Melaka serta beberapa lokasi satelit diseluruh negara.

Kami mempunyai pengiktirafan pensijilan yang setanding dengan institusi latihan awam seperti ILP dan IKBN. Kursus yang dijalankan adalah berteraskan latihan sepenuh masa, separuh masa atau bekerja sambil belajar (on-job-training). Sejak ditubuhkan, Skill-Tech telah melahirkan ribuan graduan dalam pelbagai bidang kemahiran yang menjadikan mereka sebagai penggerak utama tenaga kerja negara terlatih.

Business Listing in Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *